Episode's summary
Dalam Episod 216 Keluar Sekejap membincangkan beberapa isu semasa, antaranya isu Zetrix AI yang didakwa belum membayar RM314 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan kutipan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026.Episod ini turut membincangkan arahan kerajaan supaya penjawat awam menggunakan aplikasi TUJU dan tidak menggunakan Waze, serta rasional di sebalik arahan tersebut.Selain itu, perbincangan menyentuh dakwaan bekas menteri Indonesia yang mengaitkan syarikat Malaysia dan Singapura sebagai punca berlakunya jerebu, serta implikasi dakwaan tersebut terhadap hubungan serantau.
Dalam Episod 216 Keluar Sekejap membincangkan beberapa isu semasa, antaranya isu Zetrix AI yang didakwa belum membayar RM314 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan kutipan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026.Episod ini turut membincangkan arahan kerajaan supaya penjawat awam menggunakan aplikasi TUJU dan tidak menggunakan Waze, serta rasional di sebalik arahan tersebut.Selain itu, perbincangan menyentuh dakwaan bekas menteri Indonesia yang mengaitkan syarikat Malaysia dan Singapura sebagai punca berlakunya jerebu, serta implikasi dakwaan tersebut terhadap hubungan serantau.
Episodes
EP216 | Zetrix AI, TuJu, Malaysia Punca Jerebu?
ListenedDalam Episod 216 Keluar Sekejap membincangkan beberapa isu semasa, antaranya isu Zetrix AI yang didakwa belum membayar RM314 juta kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melibatkan kutipan pembaharuan cukai jalan, lesen memandu dan saman trafik bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September 2026.Episod ini turut membincangkan arahan kerajaan supaya penjawat awam menggunakan aplikasi TUJU dan tidak menggunakan Waze, serta rasional di sebalik arahan tersebut.Selain itu, perbincangan menyentuh dakwaan bekas menteri Indonesia yang mengaitkan syarikat Malaysia dan Singapura sebagai punca berlakunya jerebu, serta implikasi dakwaan tersebut terhadap hubungan serantau.
EP27 #SembangKS | Bajet 2027 & Kahwin Sekejap
ListenedDalam Episod 27 Sembang KS, kami kembali dengan pelbagai isu hangat minggu ini, daripada Belanjawan MADANI 2027 yang bernilai RM459.8 bilion, perkahwinan sensasi Bella Astillah dan Syed Saddiq, hinggalah isu jerebu rentas sempadan serta kontroversi berkaitan pengurusan pekerja asing. Seperti biasa, semuanya dibincangkan dengan gaya santai, jenaka dan sindiran yang mencuit hati, tetapi tetap membawa persoalan serius tentang politik, ekonomi dan masyarakat.📌 Antara topik yang dibincangkan:💰 Belanjawan MADANI 2027: Bajet Raya Awal? – Belanjawan terbesar dalam sejarah Malaysia bernilai RM459.8 bilion, bantuan SARA RM100 untuk golongan yang layak, peningkatan bantuan STR, kenaikan had muflis daripada RM100,000 kepada RM150,000 serta pelepasan cukai individu daripada RM9,000 kepada RM12,000. Persoalannya, sejauh mana semua ini mampu membantu rakyat yang masih dibebani hutang dan kos sara hidup?💍 Kahwin Sekejap: Bella & Syed Saddiq – Perkahwinan Bella Astillah dan Syed Saddiq di Menara Merdeka 118 mencuri perhatian…
EP215 | Analisis Belanjawan 2027
ListenedEpisod 215 Keluar Sekejap membincangkan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di Dewan Rakyat. Perbincangan meneliti skala perbelanjaan negara, keutamaan fiskal kerajaan serta persoalan sama ada belanjawan ini lebih tertumpu kepada pertimbangan pilihan raya atau usaha memperkukuh ekonomi Malaysia dalam jangka panjang.Episod ini turut mengupas beberapa langkah utama dalam belanjawan, termasuk pelepasan cukai individu, kenaikan gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 serta implikasinya terhadap golongan berpendapatan sederhana, pekerja dan perusahaan kecil dan sederhana.Selain itu, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan membincangkan cabaran struktur kewangan negara, termasuk keperluan memperluas asas cukai, kos subsidi kerajaan, pertumbuhan perbelanjaan pembangunan serta kepentingan reformasi ekonomi bagi memastikan kedudukan fiskal negara kekal mampan.🎁 PROMO KHAS PENDENGAR KS 🎁Gunakan kod promosi KSWELCOME20 untuk menikmati bonus pendaftaran sebanyak RM20 ke…
EP26 #SembangKS | Cukai Bujang Lapok dan Bah di BahRain
ListenedDalam Episod 26 Sembang KS, kami kembali dengan pelbagai cerita yang mencuit hati, isu semasa yang serius dan sudah tentu… sedikit bahan-membahan. Kali ini, kami bersiaran dari Litar Sepang selepas perlumbaan tamat — sambil menunggu trafik reda dan cuba menerima hakikat bahawa balik dari litar mungkin lebih mencabar daripada perlumbaan itu sendiri. 😅🏎️📌 Antara topik yang dibincangkan:🏁 **F1 Kembali ke Sepang — Patutkah Malaysia Bawa Balik F1?**Selepas sembilan tahun, suasana F1 kembali menggegarkan Sepang. Tapi adakah hype ini cukup untuk Malaysia membelanjakan ratusan juta ringgit bagi membawa kembali Formula 1 secara kekal? Kami kupas sejarah F1 di Malaysia, kenapa kita berhenti pada 2017, perubahan besar dalam populariti F1 selepas *Drive to Survive* dan F1: The Movie, serta berapa sebenarnya kos yang perlu ditanggung.💰 **RM300 Juta Untuk F1, Boleh Dapat RM1 Bilion?**Betulkah pelaburan F1 boleh memberikan pulangan sehingga RM1 bilion? Atau angka economic impact yang sering disebut sebenarnya perlu dilihat…
EP214 | F1 Sepang, Krisis Berpanjangan N9, Loke Letak Jawatan, Gabungan PRN Melaka, EPF 16%
ListenedEpisod 214 Keluar Sekejap membincangkan perkembangan Formula 1 yang berlangsung di Sepang pada 2026, termasuk pengalaman menonton perlumbaan dan persoalan mengenai sambutan serta masa depan Formula 1 di Malaysia.Turut dibincangkan perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah serta perkembangan politik Negeri Sembilan, khususnya krisis takhta yang berpanjangan. Perbincangan meneliti persoalan mengenai kedudukan institusi diraja, proses peralihan takhta serta implikasinya terhadap politik dan pentadbiran negeri.Episod ini turut menyentuh peletakan jawatan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, termasuk persoalan mengenai sebab dan implikasi peletakan jawatan tersebut. Perbincangan kemudiannya beralih kepada perkembangan berkaitan Anthony Loke dan pendirian politik beliau dalam DAP serta Kerajaan MADANI.Menjelang PRN Melaka, Zaidel dan Shahril membincangkan kemungkinan gabungan serta penjajaran parti-parti politik yang bakal bertanding. Apakah bentuk kerjasama yang mungkin berlaku, dan bagaimana persaingan…
EP25 #SembangKS | Tun Hasmah dan Rangkuman Berita Minggu Lepas
Listened🇲🇾 Daripada pemergian Tun Dr Hasmah, kepada rangkuman berita-berita politik serta isu semasa pada minggu lepas.Dalam episod kali ni kita sembang:* 🗳️ PRN Melaka & 7 ADUN lantikan* 🪢 PN digantung & pergolakan Bersatu* 🍽️ Makan malam PH-Bersatu di Melaka* 💰 Kes Mandiri & dakwaan mafia korporat* 🥩 Kontroversi restoran dan isu halal* 🇲🇾 Bahasa Melayu dalam majalah Malaysia Airlines* 🌴 Kebun sawit & kebakaran hutan di Indonesia* 👶 Intan Najuwa dan isu nurses* 🍪 “MERDEKA!” demi Dubai Chewy Cookie* 🚂 Panjat pagar sebab nak kejar keretapi*🛂 Member tolong bawakkan passport yang tertinggalSembang KS — tempat kita sembang isu semasa, politik dan benda-benda pelik yang berlaku minggu ni. Kadang-kadang serius. Kadang-kadang merepek. Selalunya dua-dua sekali. 😂
KS EP213 | The Journey of Thailand’s Almost Prime Minister: Pita Limjaroenrat
ListenedDalam episod kali ini, Keluar Sekejap membawakan temu bual khas bersama Pita Limjaroenrat, bekas pemimpin Move Forward Party dan tokoh politik Thailand yang hampir menjadi Perdana Menteri selepas pilihan raya 2023.Pita berkongsi perjalanan politiknya — daripada latar belakang sebagai konsultan di Boston Consulting Group, pengalaman bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan, hinggalah kemunculan Future Forward Party dan kejayaan Move Forward dalam pilihan raya Thailand.Perbualan turut menyentuh pengalaman Pita berdepan pembubaran parti, proses politik dan undang-undang yang menghalangnya daripada membentuk kerajaan, serta bagaimana beliau melihat masa depan demokrasi dan politik Thailand.Selain politik, Pita turut mengupas cabaran ekonomi Thailand, kebergantungan kepada eksport, sektor pertanian dan beras, dasar fiskal, ketidaksamaan ekonomi, perubahan demografi serta fenomena 'voter fatigue' dalam kalangan rakyat.Beliau juga berkongsi pandangan tentang bagaimana generasi muda boleh mengambil tempat dalam…
EP12 #KenaSoal | Tabung Najib, Kenyataan KPM-MITI, Teknokrat Dalam Politik, Rumah Untuk Anak Muda
Listened00:00 Pengenalan02:26 Pengampunan Najib•smoothies.freak: Kenapa ada satu masa dulu Anwar kata beliau yang bawa agenda pengampunan Najib ke Lembaga Pengampunan tetapi kini beliau dilihat cuci tangan mengatakan ini kuasa Agong?•mem.chk: Walaupun pengampunan Najib kuasa Agong, adakah ia keputusan yang selari dengan nilai yang dilaungkan dan dijunjung Pakatan Harapan? Kenapa Pakatan Harapan dilihat letgo issue ini?12:29 Tabung Solidariti Najib•praveenmarkandu: Are you donating to Najib's house arrest fund? If yes or no, why?17:55 Kenyataan Bercanggah KPM-MITI•nblfk: Mohon ks ulas isu KPM-MITI soal 30% ekuiti bumiputera dalam institut pendidikan swasta yang dimansuhkan.33:49 Teknokrat Dalam Politik•adibabdrahim: Gabungan kabinet antara ahli politik dgn teknokrat e.g menteri ahli politik timbalan teknokrat.•fakhrul.io: Adakah Malaysia memerlukan lebih ramai keterlibatan ahli teknokrat dalam kabinet?43:09 Rumah Untuk Anak Muda•karl_rizal: How would Gen Z's be able to afford a home based on the current housing…
EP24 #SembangKS | Keretapi Sekejap
Listened🚆 Dari tahanan rumah, krisis takhta Negeri Sembilan dan bil elektrik yang makin mencabar, sampai data pengadu yang boleh “terlepas” dari kaunter kerajaan — Sembang KS Episod 24 memang bergerak ke sana sini. 😂Kali ni kita bawak pula segmen baru: KERETAPI SEKEJAP! 🚆Daripada drama LRT Kelana Jaya yang buat penumpang tubuhkan group WhatsApp sokongan emosi, kepada fenomena Keretapi Sarong, isu tema, fesyen, Aisha Retno dan perang tradisional KL vs Kelantan.Dan macam biasa, kita takkan berhenti setakat keretapi. Ada juga cerita tentang pengampunan Najib, tahanan rumah, krisis Negeri Sembilan, kenaikan harga elektrik, kebocoran data pengadu dan kontroversi Macklemore–Ed Sheeran berkaitan Palestin.Pendek kata, episod ni macam naik tren Malaysia — tak tahu bila sampai, tapi banyak benda berlaku sepanjang perjalanan. 😂Sembang KS Episod 24: KERETAPI SEKEJAP 🚆🇲🇾Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE & COMMENT kalau korang enjoy episod ni.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Sembang KS!Hubungi +6011-1919…
EP212 | Pengampunan Najib, Perhimpunan Agung UMNO 2026, Keputusan PISA 2025
ListenedEpisod 212 Keluar Sekejap membincangkan keputusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, Sultan Ibrahim, yang memperkenankan supaya Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada pembayaran denda sebanyak RM50 juta serta syarat-syarat yang ditetapkan.Episod ini turut membincangkan Perhimpunan Agung UMNO serta perkembangan dan isu semasa yang menjadi perhatian dalam parti.Selain itu, Datin Noor Azimah tampil sebagai tetamu untuk membincangkan keputusan PISA 2025, kemerosotan prestasi Matematik Malaysia, jurang pendidikan serta persoalan mengenai masa depan sistem pendidikan negara.
EP23 #SembangKS | PAU, Kapitalis Sambal dan Pusat Data
ListenedDalam Episod 23 Sembang KS, Zaidel Baharuddin kembali dengan gaya santai, jenaka dan ulasan isu semasa — daripada pendakwaan melibatkan pemimpin UMNO dan Tabung Haji, kemeriahan PAU 2026, hinggalah kepada label “kapitalis sambal” yang dilemparkan kepada Khairul Aming. Episod kali ini turut membawa kita ke satu topik yang semakin dekat dengan kehidupan seharian tetapi mungkin tidak ramai yang benar-benar faham — pusat data. Kenapa Malaysia begitu agresif menarik pelaburan pusat data? Apa yang negara dapat daripada pelaburan berbilion-bilion ringgit ini? Dan yang lebih penting, apa pula kosnya kepada kita dari segi tanah, elektrik dan air? 📌 Antara topik yang dibincangkan: ⚖️ Pendakwaan Azeez Rahim & Jamil Khir — Dua pemimpin UMNO berdepan pertuduhan berkaitan Tabung Haji, termasuk persoalan mengenai jumlah wang, pertuduhan yang dikenakan serta kontroversi “baju lokap”. 🏛️ PAU 2026 & kisah paderi Proton Saga — Ucapan Ketua Bahagian UMNO Sepang yang mencetuskan perhatian dan reaksi selepas kisah seorang paderi…
EP22 #SembangKS | Suci Dalam Jerebu
Listened🌫️ Daripada gaduh potong barisan dan video viral, kepada baju oren SPRM, drama Madu atau Racun dan kemalangan bas yang tiba-tiba jadi contoh keharmonian rakyat Malaysia… minggu ni Sembang KS memang penuh dengan benda yang buat kita tertanya-tanya, “Apa benda sebenarnya berlaku ni?” 😂Lepas tu kita masuk pula ke topik utama: JEREBU.Darurat jerebu di Serian dah tamat, sekolah dibuka semula dan langit kembali biru. Tapi… adakah kita sebenarnya dah selesaikan masalah?Atau angin je yang bertukar arah? 🌫️Dalam episod kali ni kita sembang:⚖️ Baju oren SPRM — bila seseorang masih belum disabitkan kesalahan, patutkah maruahnya sudah dihukum dulu?🎭 Madu atau Racun — drama yang mencetuskan kontroversi dan membuatkan kita tertanya-tanya… siapa sebenarnya yang tulis skrip ni? 😂🇲🇾 Malaysia yang sebenar — bila rakyat pelbagai kaum bersatu membantu mangsa kemalangan, walaupun media sosial sibuk cari benda lain untuk gaduh.🌫️ Jerebu & Serian — bila bacaan IPU cecah 521 dan darurat terpaksa diisytiharkan.🔥 El Niño, tanah…
EP211 | Kenapa OKM Keluar DAP?, DAP Hilang Arah?, Ketegangan KKDW-MOF, Muktamar PAS 2026
ListenedEpisod 211 Keluar Sekejap menampilkan sahabat kita, Ong Kian Ming, untuk membincangkan keputusan beliau meninggalkan DAP pada 31 Ogos 2026 selepas 14 tahun bersama parti.Apa yang mendorong keputusan tersebut? Adakah DAP sudah berubah? Dan mengapa OKM membuat keputusan untuk membantu Khairy Jamaluddin sekiranya beliau bertanding dalam PRU16?Episod ini turut membincangkan Muktamar PAS ke-72 yang mencipta perhatian apabila rombongan UMNO yang diketuai Setiausaha Agung UMNO, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki, hadir ke Muktamar PAS. Adakah ini sekadar simbol hubungan yang semakin baik, atau signal awal kepada kerjasama politik PAS-UMNO menuju PRU16?Selain itu, kita turut mengupas ketegangan antara KKDW dan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung isu peruntukan dan kelewatan bayaran kepada kontraktor projek jalan luar bandar. Jika peruntukan sudah disalurkan, mengapa masih berlaku tunggakan? Dan sebenarnya, di mana masalahnya?
EP21 #SembangKS | Merdeka, Mont Kiara dan Algoritma
Listened🇲🇾 Daripada sambutan Merdeka, perarakan dan drama kereta VIP, kepada jerebu Sarawak yang sampai kena cancel sambutan… minggu ni Sembang KS memang penuh dengan benda yang boleh buat kita garu kepala. 😂Lepas tu kita singgah pula ke mahkamah, tempat tiga bekas Perdana Menteri muncul pada hari yang sama untuk urusan masing-masing.Tapi daripada semua isu panas ni, kita masuk pula ke topik utama: **MONT KIARA & ALGORITMA.**Macam mana satu insiden melibatkan individu boleh bertukar menjadi sentimen terhadap satu komuniti? Dan kenapa bila sesuatu isu mula viral, tiba-tiba semua orang macam tengah marah benda yang sama? 🤔Dalam episod kali ni kita sembang:🇲🇾 **Merdeka** — sambutan Hari Kebangsaan, patriotisme dan drama kecil di sebalik perarakan.🌫️ **Jerebu Malaysia-Indonesia** — bila asap pun tak kenal sempadan.⚖️ **Tiga bekas PM** — Najib, Muhyiddin dan Ismail Sabri berada di mahkamah pada hari yang sama.🇰🇷 **Mont Kiara & warga Korea** — daripada satu insiden, macam mana ia boleh berkembang menjadi isu sentimen…
EP210 | Amanat Perdana, Jemputan Bekas PM, Pendakwaan RCI TH, Kenyataan Anwar-Taiwan, Jerebu Teruk
ListenedEpisod 210 Keluar Sekejap membincangkan pengumuman Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk peningkatan had BUDI95 dan BUDI Diesel, bantuan untuk sekolah daif, penambahbaikan kesihatan awam, pelepasan e-Invois serta akses AI percuma untuk 100,000 belia. Adakah pengumuman sebegini benar-benar memberi kesan kepada sentimen rakyat, atau sudah menjadi “checklist” setiap kali sambutan Hari Kebangsaan? Turut dibincangkan persoalan mengenai timing pengumuman dan apakah bentuk reformasi yang lebih bermakna kepada rakyat. Episod ini turut menyentuh isu Tabung Haji dan polemik berkaitan keadaan kewangan serta laporan RCI, termasuk persoalan mengenai kerugian, kaedah perakaunan dan tadbir urus institusi tersebut. Adakah isu Tabung Haji sekadar soal teknikal perakaunan, atau terdapat persoalan lebih besar mengenai bagaimana institusi penting negara diurus? Dalam perkembangan politik semasa, KJ dan Shahril membincangkan pendirian UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO, termasuk isu…
EP20 #SembangKS | Episod Istimewa yang ke-20
ListenedSembang KS dah sampai Episod 20! 🎉 Kali ini kita sembang macam-macam isu — daripada isu Tabung Haji dan sentimen kaum, kontroversi bendera Jalur Gemilang, hinggalah kepada pendirian Malaysia terhadap China dan Taiwan. 🇲🇾 Kita turut borak tentang pasukan Malayan Tigress B-16 yang mencuri perhatian di Piala Srikandi Merdeka, termasuk aksi luar biasa Lim You yang menjaringkan tujuh gol dalam satu perlawanan. 💍 Tak ketinggalan, berita hangat mengenai perkahwinan Syed Saddiq dan Bella Astillah yang bakal berlangsung pada 10 Oktober 2026. 🔥 Tapi untuk episod kali ini, kita buat kupasan terperinci terhadap satu isu yang sudah berdekad-dekad menjadi perdebatan — AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971). Kenapa AUKU diwujudkan? Kenapa ia menjadi kontroversi dalam kalangan mahasiswa? Adakah pemansuhan AUKU benar-benar akan memberikan kebebasan kepada mahasiswa? Dan yang lebih penting — apa yang akan menggantikan AUKU? Kita turut melihat sejarah gerakan mahasiswa, hujah pihak yang mempertahankan AUKU, isu…
Harapan Belanjawan 2027, Had Umur Ahli Politik, Semangat Patriotik Malaysia
Listened00:00 Intro 7:47 Harapan Belanjawan 2027 1. faiq_azhs - wish list untuk budget 2027 1. ahmadnazri- sekarang nak masuk musim belanjawan 2027, apakah sektor ekonomi yang Malaysia perlu tekankan untuk kembali seperti dulukala? Nampak macam Malaysia sekarang tiada hala tuju jelas dari segi ekonomi? 2. talhahazlan- Dokumen Belanjawan antara yang terpenting dalam negara, kenapa rakyat makin lama makin tak kisah? 30:00 EDUCATION 1.isyrafnorizan- Kenapa kementerian pendidikan negara macam tak tersusun dan takda hala tuju? Sistem pendidikan kita makin lama makin tertinggal dengan Singapura: Tukar menteri, tukar dasar. Bagaimana nak selesaikan perkara ini? 2.nadhumairah - AI in education - how has Malaysia approached it and what are the good and the bad? 3.nblfik- Kenapa negara kita dilihat terkebelakang dari segi AI dalam pendidikan? Negara lain nampak dah semakin canggih tetapi negara kita macam takda plan. Mohon ulas isu ini, dan mungkin beri cadangan untuk tambah baik? 52:00 Had Umur Ahli Politik 1. shafiq87_ -…
EP19 #SembangKS | Cekodok, Mee dan LRT
ListenedDaripada cekodok pisang yang boleh mengalahkan isu negara, kepada RM13 bilion kerugian Tabung Haji, kemudian singgah pula ke kontroversi Mee Pok, pasport 10 tahun 6 bulan dan drama Sidang Khas Parlimen — minggu ni Sembang KS memang macam naik roller coaster. 😂 Tapi selepas semua isu panas tu, kita masuk pula ke topik utama: PENYELENGGARAAN. Kenapa kita cukup pandai bina LRT, MRT, stadium, lapangan terbang dan macam-macam lagi… tapi bab jaga benda yang dah dibina, kadang-kadang macam kena tunggu rosak dulu baru kita sibuk? 🤔 Dalam episod kali ni kita sembang: 🍌 Kenapa isu cekodok pisang boleh dapat lebih perhatian daripada isu berbilion ringgit? 💰 RM13 bilion Tabung Haji — macam mana pelaburan berisiko tinggi boleh membawa kepada kerugian yang begitu besar? 🍜 Mee Pok tu mee ke… atau ada unsur POK lain yang kita tak tahu? 😂 🛂 Pasport 10 tahun 6 bulan — kerajaan bagi bonus 6 bulan, tapi sistem airline pula kata “tak boleh terima abang.” 🚆 LRT terganggu — kenapa penyelenggaraan penting walaupun statistik…
EP209 | Krisis Dalaman PKR, Peruntukan MP PKR Disekat, Sidang Khas Parlimen RCI TH
ListenedEpisod 209 Keluar Sekejap membincangkan krisis dalaman PKR yang semakin menjadi perhatian, termasuk peletakan jawatan Wong Chen sebagai Ahli Parlimen Subang dan keahliannya dalam PKR sebelum menyertai Parti Bersama yang diterajui Rafizi Ramli dan Nik Nazmi. Apakah yang sedang berlaku dalam PKR, dan apakah implikasinya terhadap kestabilan politik Kerajaan MADANI? Turut dibincangkan isu peruntukan Ahli Parlimen PKR yang disekat, selepas akses kepada portal MyKhas untuk mendapatkan peruntukan khas dilaporkan disekat bagi beberapa Ahli Parlimen PKR. Adakah peruntukan kepada Ahli Parlimen wajar diberikan secara sama rata tanpa mengira sokongan politik? Apakah kesannya jika kuasa sebagai Perdana Menteri digunakan sebagai alat tekanan dalam politik? Episod ini turut meneliti Sidang Khas Parlimen berkaitan RCI Tabung Haji, termasuk persoalan mengenai laporan RCI, mengapa laporan tersebut tidak dibahaskan dengan lebih menyeluruh serta apakah tindakan yang wajar diambil susulan penemuan dan rumusan RCI. Perbincangan…
EP18 #SembangKS | Sambal Nyet, Seludup dan Hiking Untuk Content
ListenedDalam Episod 18 Sembang KS, kami membincangkan beberapa isu sensasi minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta isu semasa.📌 **Antara topik yang dibincangkan:**🕌 **RCI Tabung Haji** – laporan siasatan yang telah siap sejak 2022 tetapi hanya didedahkan pada Julai 2026, serta persoalan tentang siasatan dan tindakan susulan.⚖️ **Ismail Sabri Yaakob** – prosiding pendakwaan bekas Perdana Menteri yang ditangguhkan susulan masalah kesihatan serta perkembangan siasatan berkaitan pengisytiharan harta.✈️ **Pilot Malaysia Airlines & penyeludupan dadah** – kes juruterbang yang ditahan di Jakarta selepas didakwa membawa puluhan kilogram pil Ecstasy dan methamphetamine.🚂 **Penyeludupan dadah di Thailand** – tiga rakyat Malaysia ditahan di Hat Yai selepas membawa 87 kilogram syabu bernilai jutaan ringgit.🌶️ **Khairul Aming & Sambal Nyet** – pelancaran Sambal Nyet Bilis dari Menara 118 yang mencipta beberapa rekod jualan dan tontonan di TikTok.🏎️ **F1 kembali ke Sepang** – peruntukan RM17.5 juta untuk…
EP17 #SembangKS | Orang Luar, F1 Bah Rain Malaysia dan Buy Now Pay Later
ListenedDalam Episod 17 Sembang KS, kami membincangkan beberapa isu terbesar minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan analisis politik serta ekonomi semasa.📌 Antara topik yang dibincangkan:🗳️ BN-PN membentuk kerajaan Negeri Sembilan selepas kemenangan besar dalam PRN serta implikasinya terhadap landskap politik negara.🏁 Formula 1 kembali ke Litar Sepang, apabila Bahrain Grand Prix bakal berlangsung di Malaysia.🚴 Azizulhasni Awang menamatkan penantian 16 tahun dengan meraih emas Keirin di Sukan Komanwel.💳 RM5 bilion hutang Buy Now Pay Later (BNPL) – adakah rakyat Malaysia semakin boros atau sebenarnya semakin tertekan dengan kos sara hidup?📱 Bagaimana pinjaman digital, fintech dan kredit mudah mengubah cara rakyat berbelanja serta risiko perangkap hutang (debt spiral).💬 Kongsikan pandangan anda di ruangan komen:Adakah kemudahan mendapatkan kredit hari ini benar-benar membantu rakyat, atau sebenarnya mewujudkan lebih ramai yang hidup bergantung kepada hutang?👍 Jangan lupa Like, Subscribe, dan aktifkan loceng…
EP208 | PRN Negeri Sembilan 2026: Post-Match Analysis, Pendedahan Laporan RCI Tabung Haji
ListenedKeluar Sekejap Episod 208 membincangkan analisis kuantitatif serta kupasan mendalam mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menamatkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selepas hampir dua penggal.Apakah faktor sebenar di sebalik keputusan ini? Adakah formula kerjasama BN-PN benar-benar berjaya diterjemahkan di peti undi? Bagaimana pula corak sokongan pengundi bukan Melayu, dan sejauh mana ia mempengaruhi keputusan di kerusi-kerusi utama?Dalam episod ini, turut diulas secara terperinci corak pengundian, perubahan sokongan mengikut kawasan, trend pemindahan undi, prestasi setiap gabungan politik, serta implikasi keputusan PRN Negeri Sembilan terhadap landskap politik negara menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.Turut dibincangkan ialah pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji. Apakah penemuan utama laporan tersebut, siapakah yang dipertanggungjawabkan, dan apakah…
Dokumentari PRN Negeri Sembilan 2026: Antara Adat & Mandat
ListenedTeam Keluar Sekejap dengan kerjasama FMT berada di Negeri Sembilan untuk menelusuri sendiri landskap politik yang cukup unik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.Berbeza dengan pilihan raya sebelum ini, PRN kali ini tercetus bukan kerana tamatnya penggal pentadbiran, tetapi berpunca daripada satu krisis yang melibatkan institusi adat, institusi diraja, Perlembagaan serta hubungan politik antara parti-parti yang suatu ketika dahulu mentadbir bersama.Dalam episod kali ini, kami menelusuri lima perkara utama yang membentuk landskap PRN Negeri Sembilan: Bagaimana krisis institusi adat akhirnya berkembang menjadi krisis politik sehingga membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri. Dinamika baharu politik Negeri Sembilan apabila Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menjalinkan persefahaman di beberapa kerusi, sementara gabungan Kerajaan MADANI berdepan pertembungan sesama sendiri. Naratif kempen setiap parti, termasuk persoalan sama ada politik berasaskan kaum masih menjadi formula kemenangan…
EP16 #SembangKS | Nurul Zahid Masuk AJL? Ucapan Sanusi dan Geopolitik Dunia
ListenedDalam Episod 16 Sembang KS, kita membincangkan beberapa isu paling hangat minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan ulasan politik semasa.Antara topik yang dibincangkan:😂 Fenomena meme Zizan Razak yang menjadi tular di media sosial tanpa sebab yang benar-benar jelas.🙏 Perkongsian menyentuh hati Datuk Seri Idris Jala mengenai perjuangannya melawan kanser paru-paru tahap ketiga serta makna sebenar kejayaan dalam kehidupan.🎤 Nyanyian Nurul Zahid ketika berkempen yang mencetuskan pelbagai reaksi, serta peranan hiburan dalam politik Malaysia.🇲🇾 Kenyataan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Muhammad Sanusi, yang menghangatkan perdebatan mengenai perpaduan, politik dan hubungan BN-PN.⛽ Krisis di Timur Tengah, kenaikan harga minyak dunia dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada ekonomi serta kos sara hidup rakyat Malaysia.Seperti biasa, Sembang KS cuba merangkumkan isu-isu semasa dengan gabungan fakta, analisis dan humor supaya lebih mudah difahami oleh semua.💬 Apa pandangan anda tentang kenyataan Sanusi? Adakah…
EP207 | BN-PN Tidak Serasi?, Laporan RCI Tabung Haji, F1 Kembali Ke Sepang, Perjanjian MA63
ListenedEpisod 207 Keluar Sekejap membawa perbincangan mendalam mengenai konsep federalisme di Malaysia, termasuk pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri yang menjadi asas kepada sistem pemerintahan negara.Bersama pensyarah Fakulti Undang-Undang Multimedia University (MMU), Muhammad Hafiz Hassan, episod ini mengupas sejarah pembentukan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), struktur Perlembagaan Persekutuan, serta bagaimana kuasa perundangan dan pentadbiran diagihkan antara Kerajaan Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain.Turut dibincangkan ialah perkembangan politik semasa melibatkan hubungan antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan yang sedang berlangsung. Benarkah kedua-dua gabungan ini semakin sukar mencari titik persefahaman, dan apakah implikasinya terhadap landskap politik negara?Episod ini juga mengulas dapatan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji. Mengapakah laporan…
EP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200JEP206 | Analisis Kempen PRN Negeri Sembilan, The Network School, KWAP Ditipu RM200J
ListenedEpisod 206 Keluar Sekejap membincangkan analisis mendalam mengenai perkembangan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, termasuk kemunculan persefahaman politik baharu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang menyaksikan pertembungan sesama parti dalam Kerajaan MADANI. Turut dibincangkan ialah kontroversi penutupan Network School di Forest City selepas timbul dakwaan melibatkan seorang individu yang didakwa memiliki pasport Israel. Apakah fakta sebenar di sebalik isu ini, dan bagaimana ia memberi kesan kepada imej Malaysia sebagai destinasi pelaburan dan pendidikan antarabangsa? Episod ini turut meneliti kerugian pelaburan KWAP sebanyak RM200 juta dalam syarikat akuakultur Indonesia, eFishery. Apakah yang sebenarnya berlaku, bagaimana dana persaraan awam boleh terdedah kepada risiko sebesar ini, dan apakah pengajaran yang perlu diambil bagi memastikan tadbir urus pelaburan yang lebih baik pada masa hadapan?
EP15 #SembangKS | Larian Saddiq, Piala Dunia, Andrew Tate dan Jajaran PN-BN
ListenedDalam Episod 15 Sembang KS, kita membincangkan beberapa isu paling hangat minggu ini dengan gaya santai, jenaka dan ulasan politik semasa.Antara topik yang dibincangkan:🏃 Larian kesyukuran Syed Saddiq dari Putrajaya ke Muar dan impaknya kepada imej politik beliau.⚽ Keputusan akhir Piala Dunia 2026 yang menyaksikan Sepanyol muncul juara.🎭 Penahanan Andrew Tate dan Tristan Tate serta reaksi dunia.🇲🇾 Perkembangan jajaran politik baharu melibatkan BN dan PN menjelang PRN Negeri Sembilan.Seperti biasa, Sembang KS cuba merangkumkan isu-isu semasa dengan gabungan fakta, analisis dan humor supaya lebih mudah difahami oleh semua.💬 Apa pandangan anda tentang larian Syed Saddiq? Adakah jajaran PN-BN bakal mengubah landskap politik Malaysia? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.Jangan lupa tekan Like, Subscribe, dan aktifkan loceng notifikasi supaya tidak terlepas episod-episod Sembang KS yang akan datang.
EP14 #SembangKS | Piala Dunia, Letak Jawatan dan Pilihanraya Tong Sampah
ListenedDalam episod kali ini, kami membincangkan keputusan besar PRN Johor, kemenangan dominan Barisan Nasional, kejatuhan beberapa parti politik, kontroversi Network School di Forest City, drama peletakan jawatan melibatkan Nga Kor Ming dan Akmal Saleh, pergolakan dalam kerajaan Melaka, hinggalah ke kisah politik unik di United Kingdom yang menyaksikan Nigel Farage dicabar oleh calon satira Count Binface.Turut dikupas ialah keputusan Mahkamah Persekutuan yang membebaskan Syed Saddiq, pelancaran BASScast bersama Bella Astillah, serta cabaran larian 170km beliau sebagai tanda kesyukuran.Sambil dunia masih hangat dengan aksi Piala Dunia FIFA 2026, kami turut menyelitkan perkembangan terkini kejohanan dan apa yang menjadikan separuh akhir kali ini begitu istimewa.Jangan lupa Like, Subscribe dan tekan loceng 🔔 supaya anda tidak terlepas episod-episod Sembang KS yang akan datang!
PRN Johor 2026: Post-Match Analysis
ListenedEpisod 205 Keluar Sekejap membincangkan analisis kualitatif serta kupasan mendalam mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2026 yang menyaksikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dengan 48 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi 8 kerusi.Apakah faktor sebenar di sebalik keputusan ini? Adakah ia didorong oleh faktor kepimpinan, strategi kempen, perubahan sentimen pengundi, perpecahan dalam Perikatan Nasional (PN), atau keberkesanan jentera BN?Dalam episod ini, kami juga mengupas secara terperinci corak pengundian, perubahan sokongan mengikut kawasan, faktor-faktor yang membentuk keputusan pilihan raya serta implikasi politik yang bakal tercetus susulan kemenangan besar BN di Johor.Turut dibincangkan ialah sejauh mana keputusan PRN Johor ini akan mempengaruhi landskap politik negara, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, serta sama ada momentum ini mampu diterjemahkan ke negeri-negeri lain.
Dokumentari PRN Johor 2026: Kembara Selatan
ListenedTeam Keluar Sekejap berada di Johor Bahru, ibu negeri Johor Darul Takzim, untuk melihat, mendengar dan memahami sendiri suasana politik di negeri selatan tanah air ini menjelang Pilihan Raya Negeri Johor. Dalam episod kali ini, kami menelusuri empat perkara utama yang membentuk landskap PRN Johor: * Pertembungan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, yang bukan sahaja tegang di Johor malah turut menguji hubungan mereka di peringkat Persekutuan. * Dinamika dalam Perikatan Nasional, serta perkembangan kuasa ketiga seperti MUDA dan parti baharu, BERSAMA. * Peranan institusi istana dalam landskap politik, kepimpinan dan pembangunan negeri Johor. * Suara Bangsa Johor — apakah harapan mereka, dan apakah yang mereka mahukan daripada pilihan raya kali ini? Jom ikuti kembara PRN Johor bersama Iman Irfan hanya di Keluar Sekejap.
EP13 #SembangKS | FIFA 2026 Bersama Abam Mister Potato, PRN Johor
ListenedDalam episod kali ini, Sembang KS kembali dengan pelbagai isu hangat selepas berehat selama seminggu!Antara topik yang dibincangkan:⚽ Kontroversi Piala Dunia 2026 – campur tangan politik, keputusan FIFA, kad merah, format baharu dan pelbagai drama yang mencetuskan perdebatan.🗳️ Pilihan Raya Negeri Johor – kempen-kempen kreatif calon, poster paling luar biasa, strategi parti-parti politik serta perkembangan terkini melibatkan PAS, Bersatu, Pakatan Harapan, Barisan Nasional, Parti Bersama, MUDA dan parti-parti lain.⚡ Segmen baharu Sembang Deras yang merumuskan pelbagai berita politik penting secara pantas dan santai.Seperti biasa, semua isu dibawakan dengan gabungan analisis, sindiran dan humor khas Sembang KS dengan penampilan istimewa Abam Mister Potato!Tonton sehingga habis dan kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Jangan lupa Like, Share dan Subscribe untuk lebih banyak kandungan politik semasa yang santai tetapi padat dengan maklumat.
EP204 | Analisis Kempen PRN Johor 2026, Future Speaks
ListenedEpisod 204 Keluar Sekejap bersiaran khas dari Muzium Tokoh Johor dengan membawakan analisis mendalam mengenai kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang kini memasuki fasa penting. KJ dan Shahril membincangkan isu-isu utama yang mewarnai kempen kali ini, termasuk pertembungan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan, strategi serta naratif yang dibawa oleh setiap gabungan, prestasi kempen di lapangan, dan faktor-faktor yang bakal mempengaruhi keputusan pilihan raya. Turut dikupas ialah persoalan sama ada berlaku peralihan undi PAS kepada Barisan Nasional, perubahan pola sokongan pengundi, kekuatan manifesto, serta bagaimana semua perkembangan ini mampu menentukan landskap politik Johor selepas hari pengundian.
EP12 #SembangKS | TTMM, PN, Calon MB, Muda, Trump dan Kulat Zombi
ListenedDalam episod kali ini, kami mengupas pelbagai isu hangat dari politik tempatan, politik antarabangsa dan juga berita pelik tetapi benar!Antara topik yang dibincangkan:🏆 Keputusan akhir Talk To My Manager (TTMM) dan fenomena gandingan juara Adira & Anggrek.🔥 Krisis Perikatan Nasional yang semakin memuncak selepas PAS dan Bersatu dilihat membawa haluan masing-masing. Siapa sebenarnya pemilik jenama PN?🗳️ MUDA mengumumkan calon-calon mereka untuk PRN Johor termasuk calon termuda berusia 26 tahun, Rasyifa Aljunied.👔 Desakan supaya Pakatan Harapan menamakan calon Menteri Besar Johor sebelum hari pengundian.🇺🇸🇮🇹 Donald Trump dan "perang media sosial" bersama Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.🍄 Saintis UMS menemui spesies baharu "hiperparasit" di Borneo yang menjadikan kulat zombi sebagai mangsa.👕 Harith Zazman berkongsi pengalaman hidup selepas berkahwin dan belajar menguruskan rumah tangga.😂 Dan seperti biasa, pelbagai ulasan, sindiran dan pemerhatian santai terhadap perkembangan semasa.Jangan lupa tekan…
EP203 | US-IRAN Peace Deal, Ai Dalam Perang Moden, Masa Depan Perikatan Nasional
ListenedEpisod 203 Keluar Sekejap membawa anda menelusuri perkembangan antarabangsa yang semakin mencorakkan dunia hari ini, sebelum beralih kepada dinamika politik tempatan yang kian menarik perhatian. KJ dan Shahril memulakan perbincangan dengan konflik Amerika Syarikat-Iran dan perkembangan terbaharu ke arah perdamaian, diikuti peranan kecerdasan buatan (AI) dalam peperangan moden serta amaran Pope Leo XIV mengenai risiko apabila teknologi semakin mengambil alih keputusan hidup dan mati di medan perang. Perbincangan kemudian beralih kepada politik tanah air, dengan meneliti masa depan Perikatan Nasional susulan keputusan PAS untuk berpisah dengan Bersatu. KJ dan Shahril turut membincangkan kebarangkalian Parti Wawasan Negara yang baru ditubuhkan oleh Hamzah Zainudin menyertai PN, implikasi pertikaian penggunaan logo gabungan tersebut, serta bagaimana perkembangan ini berpotensi mengubah landskap politik pembangkang menjelang pilihan raya akan datang.
EP11 #SembangKS | PN-PAS, Trump dan Angkasa Lepas
ListenedDalam episod kali ini, kami membincangkan pelbagai isu hangat yang sedang mencorakkan politik dan geopolitik semasa.Antara topik yang disentuh:🔹 Kemunculan Parti Wawasan Negara dan perkembangan terbaru dalam Perikatan Nasional.🔹 Perubahan kepimpinan pembangkang serta implikasinya terhadap landskap politik Malaysia.🔹 Gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran serta kesannya kepada ekonomi dunia.🔹 IPO terbesar dalam sejarah oleh SpaceX dan bagaimana industri aeroangkasa bakal mengubah masa depan teknologi.🔹 Mengapa Malaysia tidak boleh ketinggalan dalam perlumbaan teknologi satelit, telekomunikasi dan aeroangkasa.Seperti biasa, semuanya dibincangkan dengan gaya santai, diselitkan humor, tetapi berasaskan analisis semasa.💬 Apa pandangan anda?Adakah perubahan dalam PN akan memberi kesan kepada politik negara? Dan patutkah Malaysia kembali memberi tumpuan kepada industri aeroangkasa? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.👍 Jangan lupa Like, Share & Subscribe untuk lebih banyak episod Sembang KS setiap…
EP10 #KenaSoal | Isu Rohingya, Shahril join Bersama?, Kemelut Berpanjangan N9
Listened00:00 Intro 07:54 Orang Politik Korup? @hafizfazille: whats your estimatepercentage of corrupt politicians vs those that never take.. 23:50 Kemelut Berpanjangan Negeri Sembilan @jajator: your opinion about umno taking sides with Tengku Nazaruddin 37:30 Muda & Bersama Gabung? @mister: Zaidel tak bertanding ke PRN Johor? Sokong ke Muda kerjasama dengan Bersama 43:30 Shahril join Bersama? @deli.adlizin: Shahril nak join parti kancil tak? @talibz86: Kepada Shahril, tidak berminat ke utk menjadi calon parti bersama? Permohonan dah open tu @manluqman_ig: Is BERSAMA proposition attracts you? 48:30 Isu Rohingya @nazhan87: Rohingya, UNHSR dan kegunaan mrk dipublic hospital. macam mna nk selesaikan? @drbeat78: Rohingya issue - salah siapa? Resolution? @muhayyz: Penyelesaian tuntas terhadap isu rohingya yang makin meruncing @naufalmhisham: Thoughts on the Rohingya issue and the impact on the internal and external politics
EP10 #SembangKS | Krisis Negeri Sembilan, Duduk Semeja dan Penceraian Pembangkang
ListenedNegeri Sembilan tiba-tiba membubarkan DUN pada lewat malam. Pada masa yang sama, krisis takhta melibatkan Undang, Yang Dipertuan Besar dan sistem Adat Perpatih semakin rumit dengan campur tangan mahkamah, politik dan pelbagai tafsiran perlembagaan.Dalam episod kali ini, kami cuba merungkai:▪️ Apa sebenarnya yang berlaku dalam krisis Negeri Sembilan?▪️ Kenapa DUN dibubarkan secara mengejut?▪️ Apa maksud sistem Undang, Luak dan Adat Perpatih?▪️ Mengapa isu "duduk semeja dengan DAP" menjadi polemik di Johor?▪️ Apa kesan perpecahan terbaru antara PAS dan Bersatu terhadap masa depan pembangkang?Di sebalik segala drama politik, persoalan paling penting masih belum terjawab — KENAPA?Ketika rakyat berdepan cabaran ekonomi, kos sara hidup dan ketidaktentuan masa depan, adakah politik negara sedang dipandu oleh prinsip dan dasar, atau sekadar percaturan kuasa?
EP202 | DUN Johor & N9 BUBAR, Pemasyhuran YDPB N9 Baharu?, Harga Barang Naik, Harga MAMEE KEKAL!
Listenedmbincangkan pendekatan unik syarikat tersebut dalam menghadapi tekanan kos hidup dan cabaran industri makanan. Mamee mengambil pendirian berbeza daripada kebiasaan pasaran dengan mengekalkan harga, tidak mengecilkan saiz produk, malah memberikan lebih nilai kepada pengguna melalui penambahan kandungan dalam produk terpilih seperti Mister Potato, Corntoz, Double Decker dan rangkaian mi Mamee. Dalam segmen seterusnya, episod ini meneliti perkembangan politik di Johor susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 1 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Dato’ Onn Hafiz Ghazi, yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16 dalam tempoh 60 hari. Perbincangan menilai implikasi langkah tersebut terhadap landskap politik negeri serta kesiapsiagaan parti-parti utama dalam menghadapi PRN kali ini. Akhir sekali, episod ini turut mengupas situasi di Negeri Sembilan berikutan pembubaran DUN pada 4 Jun 2026 oleh Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Pengumuman yang dibuat pada lewat malam itu turut mencetuskan…
EP9 #SembangKS | Pembubaran dan Drama DUN Johor, Konspirasi The Movie dan Perubahan Iklim
ListenedDalam episod kali ini, kami membincangkan tiga topik hangat yang sedang mencuri perhatian: 🔹 Pembubaran DUN Johor – Apa sebenarnya strategi di sebalik pembubaran mengejut ini? Siapa yang paling bersedia menghadapi PRN Johor? 🔹 Drama Filem Konspirasi – Mengapa filem Konspirasi ditarik daripada pawagam selepas hanya beberapa hari tayangan? Adakah ia sekadar keputusan dalaman atau ada cerita di sebaliknya? 🔹 Perubahan Iklim & Masa Depan Malaysia – Isu yang sering dipandang sepi, tetapi memberi kesan langsung kepada banjir, harga makanan, cuaca ekstrem dan kehidupan harian kita. Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja. Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton…
[EPISOD KHAS] | Temubual Shahril Hamdan bersama Pramono Anung Wibowo, Gabenor Jakarta
ListenedKeluar Sekejap menampilkan temubual khas bersama Pramono Anung Wibowo, Gabenor Jakarta, yang membincangkan transformasi Jakarta pasca pemindahan ibu negara Indonesia ke Nusantara serta visi untuk menjadikan Jakarta sebuah kota global yang moden, berdaya saing dan berteraskan identiti budaya tempatan.Perbincangan bersama Shahril Hamdan menyentuh pelbagai isu berkaitan pembangunan bandar termasuk usaha memperkukuh identiti budaya Betawi, kebangkitan kawasan-kawasan ikonik seperti Blok M, pembangunan ruang awam, serta peranan sektor pelancongan dan ekonomi kreatif dalam membentuk wajah baharu Jakarta.Temubual turut mengupas cabaran utama yang masih dihadapi Jakarta seperti kesesakan lalu lintas, pencemaran udara, banjir dan pengurusan sampah. Pramono menjelaskan pendekatan pentadbirannya dalam memperluaskan rangkaian pengangkutan awam melalui MRT, LRT, TransJakarta dan sistem transit serantau bagi mengurangkan kebergantungan terhadap kenderaan persendirian.Selain itu, beliau berkongsi bagaimana Jakarta berusaha…
EP8 #SembangKS | US Treasury Bonds, Dato Vida dan Deadpudds
ListenedKonspirasi Dato Vida menyertai politik tanah air, Cik Pui Ting atau Deadpudds mempersoalkan tindakan MAHB dan isu yang melibatkan pasaran global secara menyeluruh iaitu berkaitan dengan pasaran Bon kerajaan amerika syarikat atau lebih dikenali sebagai US Treasuries.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
EP201 | Krisis Bekalan Global: Malaysia Bersedia?, Tempoh Kritikal?, Kesan Kepada Ekonomi Malaysia?
ListenedEpisod kali ini menampilkan Nurhisham Hussein, Penasihat Ekonomi Perdana Menteri serta Ketua Sekretariat Pasukan Petugas Pengurusan Krisis MTEN membincangkan kesan konflik di Timur Tengah terhadap rantaian bekalan global dan bagaimana ia memberi impak langsung kepada Malaysia. Perbincangan memberi fokus kepada tiga sektor utama iaitu bahan api, makanan dan ubat-ubatan, termasuk status semasa bekalan negara, tekanan subsidi kerajaan serta peranan Petronas dalam memastikan kestabilan bekalan domestik.Episod ini turut mengupas risiko “Gelombang 2” krisis global yang dijangka memberi kesan besar kepada sektor petrokimia, pembuatan dan pembinaan bermula Jun hingga Julai 2026. Antara isu yang dibincangkan termasuk kenaikan kos bahan mentah, gangguan rantaian bekalan, tekanan terhadap industri serta kemungkinan kesan kepada peluang pekerjaan dan kos sara hidup rakyat.Selain itu, perbincangan turut menyentuh tekanan terhadap Belanjawan 2026, langkah penjimatan kerajaan, serta implikasi geopolitik yang lebih luas…
EP200 | MB Terkejut, BN Johor Gerak Solo, Pelaburan Tertinggi, Maju Johor 2030, JS-SEZ, Istana Johor
ListenedEpisod 200 KS akhirnya tiba.Untuk episod istimewa ini, kami bawakan YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dalam sebuah perbincangan yang menyentuh soal kepimpinan, politik, ekonomi dan masa depan Johor.Daripada kisah bagaimana beliau akhirnya diangkat sebagai Menteri Besar Johor, sehinggalah kepada visi besar Agenda Maju Johor 2030 yang sedang mengubah landskap negeri. Perbincangan turut menyentuh bagaimana Johor berjaya muncul sebagai negeri penerima pelaburan tertinggi di Malaysia, projek strategik JS-SEZ, peningkatan hasil negeri, serta usaha membangunkan pendidikan dan bakat anak Johor.Tidak terkecuali, beliau juga menjawab kritikan bahawa dirinya terlalu “micro-manage” pentadbiran negeri, selain menjelaskan nilai Bangsa Johor yang terus diterapkan dalam pentadbiran hari ini.Episod ini turut menyentuh isu politik semasa termasuk keputusan BN Johor untuk bergerak solo dalam PRN Johor, serta hubungan antara UMNO dan institusi Istana Johor.Timestamp EP20000:00 Intro10:09 Tetamu MB Johor16:40 Kenapa…
EP7 #SembangKS | Parti, Pengumuman dan Perbincangan Dari Subsidi Ke Strategi Politik
ListenedPengumuman BN Johor bertanding solo di PRN, Pengambilalihan Parti BERSAMA oleh Rafizi dan Nik Nazmi, Perbincangan BUDI95 untuk golongan T20.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
EP199 | BN Johor Gerak Solo!, Parti Bersama Malaysia, Samsuri Ketua Pembangkang Baharu, Masa Depan Tenaga Baharu
ListenedEpisod 199 Keluar Sekejap membincangkan reaksi para pemimpin Pakatan Harapan dalam Konvensyen Pakatan Harapan 2026 yang memperlihatkan ketegangan politik semakin memuncak antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (BN), khususnya susulan pendirian BN Johor untuk bertanding secara solo di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Turut dibincangkan ialah keputusan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad untuk keluar daripada PKR, mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing, serta mengambil alih Parti Bersama Malaysia. Apakah implikasi perkembangan ini terhadap masa depan politik negara menjelang PRU16? Episod ini turut menampilkan bagi membincangkan masa depan tenaga baharu, tenaga boleh diperbaharui serta hala tuju industri tenaga Malaysia. Terima kasih kepada ENERtec Asia atas kerjasama bagi episod kali ini. Join us at ENERtec Asia 2026 – perhimpunan utama profesional tenaga, inovator dan pemain industri dari seluruh rantau Asia Pasifik. 🗓 3 – 5 Jun 2026 📍 Kuala Lumpur Convention Centre ENERtec…
EP6 #SembangKS | Rave RM200 Juta, Pembangkang Tak Jadi, Kereta EV dan Hari Ibu
ListenedRave RM200 Juta, Pembangkang Tak Jadi, Kereta EV dan Hari Ibu Ulasan Paultan mengenai EV CBU daripada MITI - https://www.youtube.com/watch?v=LCy32Y67v14---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2026!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel commercial@ksmedia.my
EP198 | MCA Gagal?, Trend Pengundi Cina, DAP Besar Kepala?, Sistem Kesihatan Negara, PRN Johor
ListenedDalam Episod 198 Keluar Sekejap, kami menampilkan Tan Sri Dr. Chua Soi Lek, Mantan Menteri Kesihatan dan Mantan Presiden MCA bagi membincangkan punca kejatuhan MCA serta perubahan pola sokongan pengundi Cina terhadap Barisan Nasional sejak PRU 2008.Episod ini turut mengupas trend pengundi Cina menjelang PRU16, dominasi DAP dalam politik masyarakat Cina, serta kemungkinan berlakunya hakisan sokongan terhadap DAP susulan reformasi yang dilihat perlahan dan kegagalan memenuhi sebahagian janji politik.Turut disentuh ialah PRN Johor yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat serta cabaran dan hala tuju sistem kesihatan negara berdasarkan pengalaman beliau sebagai bekas Menteri Kesihatan.
EP197 | Mendalami Krisis Negeri Sembilan, PRU16: UMNO Tanding Solo?
ListenedEpisod 197 Keluar Sekejap mengupas secara mendalam krisis takhta dan ketidaktentuan politik di Negeri Sembilan dengan meneliti latar belakang, implikasi perlembagaan, serta senario yang mungkin berlaku. Perbincangan turut menyorot beberapa pengajaran penting yang boleh dijadikan iktibar dalam memahami dinamika kuasa dan kestabilan politik negeri.Selain itu, episod ini turut mengulas ucapan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena Konvensyen 80 Tahun UMNO. Antara fokus utama termasuk agenda Rumah Bangsa, gagasan Musyawarah Nasional, serta idea grand collaboration dalam landskap politik semasa. Kami juga membincangkan kemungkinan UMNO mengambil keputusan untuk bertanding secara solo dalam PRU16.Terima kasih kepada GINTELL kerana menaja episod pada kali ini. Dapatkan promosi eksklusif GINTELL sempena sambutan Hari Ibu BapaTawaran ini sah untuk 50 peminat Podcast Keluar Sekejap terawal sahaja‼️Untuk maklumat lanjut:WhatsApp Hisyam: 016-750 0998Klik pautan: https://wa.link/a23f7fLayari: www.gintell.comInilah…
EP5 #SembangKS | Harta Sepencarian, Belanjawan dan Menteri Raver
ListenedDrama rain rave water, perbendaharaan cadang potong bajet kesihatan dan pengajian tinggi serta isu harta sepencarian wanita.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗
EP4 #SembangKS | Isu Zakat Antara Fisabilillah Dan FEE-sabilillah
ListenedKrisis Negeri Sembilan, himpunan Tangkap Azam Baki, dan penyelewengan dana RM230 juta.---------------Sembang KS ialah sebuah talk show di mana Zaidel akan berkongsi ringkasan berita semasa sebelum menyelami sesuatu isu dengan lebih mendalam.Topik yang dibincangkan merangkumi pelbagai bidang seperti sosial, politik, teknologi dan hiburan, disampaikan dengan gaya yang tajam, santai serta diperkaya dengan analogi yang pantas dan bersahaja.Misi kami adalah untuk memberi pencerahan dan kefahaman tentang isu-isu penting, sesuai ditonton sepanjang perjalanan dalam kesesakan lalu lintas waktu puncak di Malaysia. 🚗